Lagi insiden tayar lori tercabut, empat cedera

Lagi insiden tayar lori tercabut, empat cedera



am@hmetro.com.my

Manjung: Empat individu cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh tayar lori tangki minyak yang tercabut di Kilometer 199 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, Sitiawan, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam kenyataannya berkata berkata, kejadian 8.40 malam itu membabitkan tiga kenderaan, iaitu Toyota Yaris, Honda Civic, dan Mercedes.

Katanya, kemalangan berlaku selepas tiga kenderaan terbabit merempuh tayar kiri lori tangki minyak yang tercabut di laluan berkenaan.

“Empat mangsa yang cedera berusia antara tiga hingga 36 tahun menaiki kenderaan Toyota Yaris, manakala dua lagi mangsa menaiki Honda Civic dan Mercedes tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Wanita berusia 36 tahun di tempat duduk hadapan Toyota Yaris tersepit dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba yang menjalankan operasi menyelamat,” menggunakan peralatan khas,” katanya kepada media.

Menurut kenyataan itu, seramai 12 anggota dari Balai Bomba Sitiawan dan Seri Manjung terbabit dalam operasi itu yang ditamatkan pada 10.36 malam.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top