Lakon Babak Sentuh Wanita, Yusuf Bahrin Buat Atas Dasar Kerja

Lakon Babak Sentuh Wanita, Yusuf Bahrin Buat Atas Dasar Kerja

Lakon Babak Sentuh Wanita, Yusuf Bahrin Buat Atas Dasar Kerja


Pelakon Yusuf Bahrin mengakui kesilapannya selepas dikecam memuat naik gambar tidak menutup aurat ketika menyertai satu pertandingan bola sepak.

Memetik mStar Online, Yusuf berkata dia memahami ianya aurat namun menjelaskan keadaan ketika itu sehingga dia terpaksa membuka legging.

BACA: Ditemu Bual Mat Saleh, Netizen Puji Yusuf Bahrin Jaga Pandangan

“Saya faham itu aurat. Kadang-kadang kita buat silap, manusia biasalah. Kadang ada benda yang terlepas pandang.

“Ada keadaan yang memaksa saya untuk tidak memakai legging. Masa tu saya ada pertandingan dekat Johor. Saya sahaja tahu keadaan diri saya, sama ada selesa atau tidak. Waktu itu, saya terpaksa buka legging,” katanya.

Sementara itu, Yusuf yang turut menerima kecaman serta teguran kerana melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita berkata dia melakukan atas atas niat mencari rezeki.

“Saya fikir balik… lantaklah! Bukan mereka bayar duit rumah saya, saya yang kena sediakan makan minum atas meja. Takkan saya nak ikut cakap orang je!

“Kita buat atas dasar kerja, amanah untuk lakonkan watak itu. Biasalah orang akan terus bercakap,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top