Laluan Batu 25, Jalan Kota Tinggi-Kluang ditutup, dinaiki air

Laluan Batu 25, Jalan Kota Tinggi-Kluang ditutup, dinaiki air


KOTA TINGGI: Hujan lebat lebih satu jam menyebabkan jalan utama di Batu 25, Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini dinaiki air dan ditutup bagi kenderaan ringan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Tinggi dalam hantaran menerusi laman sosial Facebooknya memaklumkan, jalan yang dinaiki air itu adalah sepanjang 150 meter.

Jalan tersebut dilaporkan dinaiki air mulai pukul 3.40 petang tadi dan kemudian ditutup bagi kenderaan ringan atas faktor keselamatan pada pukul 4.30 petang selepas kedalaman berada pada 0.30 meter.

JKR Kota Tinggi telah memasang papan tanda amaran di kawasan banjir. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top