am@hmetro.com.my
Subang Jaya: Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampiran Putra Heights ditutup sementara susulan kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, hari ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan laluan di antara Seafield hingga Bandar Saujana Putra kepada semua kenderaan itu adalah sebagai langkah keselamatan.
Selain itu, semua laluan masuk ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights juga ditutup kepada semua kenderaan.
“Pengguna yang menghala Selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.
“Manakala pengguna yang menghala Utara keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Seafield,” kata kenyataan itu.
PLUS menasihati pengguna supaya merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi untuk bantuan perjalanan.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi Aplikasi PLUS dan boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan atau melaporkan sebarang kecemasan.
Maklumat terkini kebakaran saluran gas di Putra Heights
© New Straits Times Press (M) Bhd