Lambat panas punca Penang FC tewas

Lambat panas punca Penang FC tewas

Lambat panas punca Penang FC tewas


SINDROM ‘lambat panas’ dilihat menjadi punca utama kekalahan 0-6 Penang FC kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Khamis.

Punca itu didedahkan pengendali skuad Harimau Kumbang itu, Wan Rohaimi Wan Ismail yang turut mengakui pemainnya nampak tertekan pada babak pertama sehingga dibolosi lima gol.

Katanya, anak buahnya itu juga nampak sedikit tertekan apabila berdepan pasukan lawan dan tidak beraksi dengan kekuatan penuh pada 45 minit pertama dalam perlawanan malam tadi.

Bagaimanapun katanya, keadaan agak berbeza pada babak kedua apabila skuad Haria Penang Haria itu mula beraksi tanpa tekanan dan melakukan serangan ke kubu lawan.

“Secara keseluruhan, boleh dikatakan dua persembahan yang berbeza. Pada awalnya, pemain lambat panas dan situasi ini menyebabkan mereka dihukum JDT.

“Kita tahu mereka akan bermula dengan agresif untuk menekan kita dan kita tak dapat atasi perkara itu, malangnya kita pula yang dibolosi lima gol.

“Ketika rehat separuh masa, saya beritahu pemain jika mereka terus bermain seperti ini, semakin banyak gol akan dijaringkan oleh JDT. Jadi, mereka bermain habis-habisan dan jelas separuh masa kedua memang nampak perubahan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai gol Dylan Wenzel-Halls yang dibatalkan, Wan Rohaimi berkata, keputusan pengadil perlawanan diterima dengan sebaiknya.

“Gol tersebut dibatalkan (setelah semakan video bantuan pengadil) kerana didapati berlaku kekasaran terhadap penjaga gol, jadi kita terima sahaja keputusan itu,” tegasnya.

Ringkasan AI

  • SINDROM ‘lambat panas’ menjadi punca utama kekalahan Penang FC kepada JDT dengan skor 0-6
  • Pemain Penang FC tertekan pada babak pertama sehingga dibolosi lima gol
  • Anak buah Wan Rohaimi beraksi lebih baik pada babak kedua tanpa tekanan dan melakukan serangan
  • Perbezaan persembahan antara babak pertama dan kedua disebabkan pemain ‘lambat panas’
  • Gol Dylan Wenzel-Halls yang dibatalkan diterima dengan sebaiknya oleh pengendali Penang FC



Source link

OR

Scroll to Top