Lampard tekad tutup mulut pengkritik

Lampard tekad tutup mulut pengkritik


FRANK Lampard bertekad untuk menutup mulut pengkritik yang percaya dia tidak mempunyai kriteria menjadi pengendali pasukan yang bagus selepas memilih untuk menyertai pasukan Championship, Coventry City.

Bekas pemain tengah Chelsea dan England itu telah menandatangani perjanjian selama dua setengah tahun untuk mengemudi kelab yang beraksi di Liga Kedua Inggeris itu.

“Saya suka membuktikan apa yang diperkatakan oleh orang terhadap karier sebagai pemain dan jurulatih adalah salah. Orang ramai bercakap tentang tekanan kerja tetapi saya menikmati cabaran itu.

“Saya tidak mahu duduk di rumah. Saya mahu bekerja dan saya bercita-cita tinggi untuk menjadi lebih baik.

“Lebih mudah untuk duduk di rumah, bekerja di media sosial, bermain golf. Satu-satunya jawapan saya kepada orang yang mempersoalkan rekod saya ialah ‘beri saya peluang untuk bekerja’. Saya telah melakukan kerja yang baik di kelab yang pernah saya bimbing,” katanya.

Selepas karier cemerlangnya sebagai pemain, Lampard terjun dalam bidang kejurulatihan bersama Derby Country pada 2018 dan berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir play-off sebelum menjadi pengendali Chelsea pada 2019.

Bagaimanapun, dia dipecat selepas 18 bulan bersama The Blues yang menyaksikan pasukan itu di tempat kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia kemudiannya menjadi pengendali Everton sebelum turut dipecat selepas setahun mengendalikan pasukan itu.

Lampard kembali ke Stamford Bridge sebagai pengendali sementara membimbing pasukan itu dalam 11 perlawanan yang menyaksikan Chelsea mengakhiri saingan EPL di kedudukan ke-12.



Source link

OR

Scroll to Top