Langgar orang, cuba lari, lelaki Myanmar ditahan

Langgar orang, cuba lari, lelaki Myanmar ditahan


hafidzul@hmetro.com.my

Subang Jaya: Polis menahan lelaki warga Myanmar yang melanggar orang awam dan cuba melarikan diri dalam kejadian di Bulatan Puchong Permai, Persiaran Puchong Permai, Puchong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden perselisihan faham antara penduduk dengan suspek terbabit pada jam 11.56 malam.

“Apabila anggota polis sampai di tempat kejadian, didapati orang awam berjaya menahan suspek.

“Ketika ditahan, suspek berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki terbabit mendapati dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal di negara ini.

“Suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya .

Menurutnya, polis menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada pihak IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top