Langkah kanan beregu lelaki negara di Jerman

Langkah kanan beregu lelaki negara di Jerman

Langkah kanan beregu lelaki negara di Jerman


Aaron-Wooi Yik buka kempen dengan kemenangan meyakinkan.

DUA beregu badminton utama lelaki negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Hylo Super 500 2025, selepas menumpaskan lawan masing-masing dalam aksi pembukaan di Saarlandhalle, Saarbrückenn

Beregu nombor dua dunia, Aaron–Wooi Yik, mempamerkan ketenangan serta kematangan permainan untuk menundukkan gandingan muda England, Alex Green–Zach Russ, 25-23, 21-14 dalam masa 40 minit – sekali gus meraih kemenangan sulung dalam rekod pertemuan mereka.

Gandingan berpengalaman negara itu akan berdepan pasangan kembar dari Republik Czech, Jiri Kral–Ondrej Kral yang mara selepas menewaskan wakil tuan rumah, Jonathan Dresp–Simon Krax, 21-16, 21-10.

Sementara itu, pasangan ranking keempat dunia, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin, turut memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan beregu Scotland, Alexander Dunn–Adam Pringle, 21-17, 22-20 dalam tempoh 33 minit.

Kemenangan itu turut memberi kelebihan awal kepada Fei–Din yang kini mendahului 1–0 dalam rekod pertemuan dengan pasangan lawan tersebut.

Beregu profesional negara itu dijadualkan berdepan cabaran wakil Denmark, Daniel Lundgaard–Mads Vestergaard, yang menyingkirkan pasangan Perancis, Julien Maio–William Villeger, 23-21, 21-19.

Ringkasan AI

  • Aaron Chia–Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani menang dalam pusingan pertama Terbuka Hylo Super 500
  • Aaron–Wooi Yik menundukkan beregu England, Alex Green–Zach Russ dan akan berdepan dengan pasangan kembar dari Republik Czech selanjutnya
  • Goh Sze Fei–Nur Izzuddin mengalahkan beregu Scotland, Alexander Dunn–Adam Pringle dan mendahului 1–0 dalam rekod pertemuan dengan mereka
  • Kemenangan kedua-dua pasangan Malaysia memberi langkah positif dalam kejuaraan ini
  • Pasangan Fei–Din akan berdepan dengan wakil Denmark, Daniel Lundgaard–Mads Vestergaard pada pusingan seterusnya



Source link

OR

Scroll to Top