Langkah kiri Harimau Muda, laluan ke Arab Saudi berliku

Langkah kiri Harimau Muda, laluan ke Arab Saudi berliku


Skuad negara terpaksa menelan kepahitan tewas kepada Lubnan 0-1. Foto MALAYSIA NT

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-23 dengan langkah kiri apabila tunduk 0-1 kepada Lubnan dalam aksi Kumpulan F di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Rabu.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan laluan getir buat skuad kendalian Nafuzi Zain yang kini wajib meraih kemenangan dalam baki dua perlawanan jika mahu menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Arab Saudi, Januari depan.

Dalam perlawanan tersebut, Harimau Muda yang mendominasi permainan jelas berdepan masalah penyudah apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang yang sepatutnya boleh diterjemahkan dengan jaringan.

Sebaliknya, kealpaan barisan pertahanan negara pada minit ke-83 dihukum apabila Ali El Fadl menjaringkan gol kemenangan, sekali gus menjadi gol tunggal buat skuad dari Asia Barat itu.

Nafuzi kini berdepan tugas berat untuk merencana strategi lebih mantap menjelang aksi menentang Mongolia pada Sabtu, sebelum berdepan tuan rumah Thailand pada 9 September.

Mengikut format kelayakan, hanya 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik akan mara ke pusingan akhir.



Source link

OR

Scroll to Top