Langkah Sze Fei–Nur Izzuddin terhenti suku akhir

Langkah Sze Fei–Nur Izzuddin terhenti suku akhir


Cabaran Sze Fei–Nur Izzuddin disekat Fajar Alfian-Shohibul Fikri pada Jumaat.

IMPIAN beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani untuk mara ke separuh akhir Masters China Super 750 tidak kesampaian pada Jumaat.

Kemaraan Sze Fei–Nur Izzuddin disekat pasangan Indonesia, Fajar Alfian–Shohibul Fikri pada aksi suku akhir di Shenzhen Arena.

Sze Fei–Nur Izzuddin gagal mengikut rentak permainan lawan sebelum akur dengan kekalahan straight set, 16-21, 11-21, dalam tempoh hanya 34 minit.

Kemenangan itu membolehkan Fajar–Shohibul menyamakan rekod pertemuan dengan beregu negara kepada 1-1.

Skrip sama turut berulang tahun lalu apabila Sze Fei–Nur Izzuddin juga pilihan ketujuh terkandas di pentas sama.

Sze Fei-Nur Izzuddin tewas kepada gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani, dalam pertarungan sengit tiga set, 21-18, 19-21, 21-23.

Ringkasan AI

  • Impian Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke separuh akhir Masters China Super 750 tidak tercapai
  • Kemaraan mereka disekat Fajar Alfian-Shohibul Fikri pada suku akhir
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kalah dalam straight set, 16-21, 11-21 dalam tempoh 34 minit
  • Kekalahan itu membuatkan rekod pertemuan kedua-dua pasangan menjadi 1-1
  • Tahun lalu, Sze Fei-Nur Izzuddin juga tersingkir di pentas sama pada pilihan ketujuh



Source link

OR

Scroll to Top