Cabaran Tang Jie–Ee Wei dalam Terbuka Perancis Super 750 terhenti di pusingan kedua kepada Chun Man–Ying Suet.
CABARAN beregu badminton campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei dalam saingan Terbuka Perancis Super 750 berakhir selepas tewas pada aksi suku akhir di Glaz Arena, Cesson-Sevigne pada Jumaat.
Pasangan pilihan keempat itu terpaksa akur apabila langkah mereka disekat oleh gandingan Hong Kong, Tang Chun Man–Tse Ying Suet, dalam pertarungan dua set selama 37 minit.
Aksi bermula hambar buat Tang Jie–Ee Wei juga beregu nombor tiga dunia apabila beberapa kesilapan mudah memberi ruang kepada lawan pilihan kelapan itu menguasai rentak permainan sebelum tewas 9-21 pada set pertama.
Bangkit dengan lebih tersusun pada set kedua, juara dunia itu cuba memberi tentangan sengit, namun Chun Man–Ying Suet yang juga ranking kelapan dunia tampil lebih konsisten untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 21-18.
Edisi 2024, cabaran Tang Jie–Ee Wei terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada pilihan keempat, Feng Yanzhe-Huang Dongping, 18-21, 14-21.
Ringkasan AI
- Cabaran beregu badminton campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei di Terbuka Perancis Super 750 berakhir di suku akhir
- Pasangan ini tewas kepada gandingan Hong Kong, Tang Chun Man–Tse Ying Suet dalam dua set
- Kesilapan mudah oleh Tang Jie–Ee Wei pada set pertama memudahkan lawan menguasai permainan
- Pada set kedua, walaupun bangkit, mereka masih tewas dengan skor 21-18
- Tahun sebelumnya, cabaran mereka terhenti di pusingan kedua setelah kalah kepada Feng Yanzhe-Huang Dongping






