Langkawi antara daerah berdepan air pasang besar mulai 18 Oktober

Langkawi antara daerah berdepan air pasang besar mulai 18 Oktober



am@hmetro.com.my

Langkawi: Langkawi antara lima daerah di negeri ini bakal berdepan fenomena air pasang besar selama tiga hari bermula 18 Oktober ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, banjir berpotensi berlaku sekiranya berlaku pertembungan air pasang, angin kencang dan hujan lebat pada satu masa.

Berdasarkan infografik dimuat naik di laman sama, selain Langkawi, daerah lain yang turut berdepan fenomena sama ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

“Di Langkawi membabitkan Kampung Bakau Kelibang, manakala di Kubang Pasu membabitkan Kampung Kuala Kerpan, Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang selain Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Sri Pantai di Kota Setar.

“Daerah Yan pula membabitkan Kampung Kuala Raga, Kuala Sala, Kuala Sungai Yan Kechil, diikuti Kampung Paya, Huma, Sungai Yu, Bukit Kechik, Kepala Tanjung, Tukang Jusoh dan Sungai Meriam (Kuala Muda),” katanya.

Pada 18 Oktober, bacaan paras air laut dijangka tertinggi mencecah tiga meter (m) pada jam 1.01 pagi, manakala 1.10 tengah hari menurun kepada 2.8m dan berada pada paras 0.9m pada 10 malam.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top