Larangan duduk selepas selesai makan jamuan

Larangan duduk selepas selesai makan jamuan


Ustaz Azhar Idrus semasa menyampaikan kuliah Maghrib di Madrasah Ribat Anwarussofa, Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.

– Advertisement –

Soalan:

Benarkah kalau kita telah selesai makan kenduri kita dilarang duduk lagi berbual-bual di meja makan?

– Advertisement –

Jawapan:

Siapa yang telah selesai makan kenduri maka hendaklah dia bangun dan beredar pulang kerana memberi ruang kepada tetamu yang lain pula untuk duduk dan makan dan iaitulah adab yang dipuji syarak.

Jika dia duduk lagi padahal sudah selesai dari makan dan minum maka perbuatannya itu adalah menyalahi adab kerana ia memberatkan tuan rumah seperti dengan sebab dia kekal pada tempat duduknya akan menyukarkan tetamu lain yang hendak duduk, lebih-lebih lagi kalau kerusinya tidak banyak atau rumah jamuan itu tidak besar, melainkan duduk sekejap menegur sapa tetamu yang lain atau diminta oleh tuan rumah supaya tidak cepat balik atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus.

Berkata Syeikh Ali-Sobuni:

دلّ قوله تعالى: فَإِذَا طَعِمْتُمْ فانتشروا على ضرورة الخروج بعد تناول الطعام، وهذا من الآداب الإسلامية التي أدّب الله بها المؤمنين، فالمكث والجلوس بعد تناول الطعام ليس بحرام، ولكنّه مخالف لآداب الإسلام، لما فيه من الإثقال على أهل المنزل سيما إذا كانت الدار ليس فيها سوى بيت واحد، اللهمَّ إلا إذا كان الجلوس بإذن صاحب الدار أو أمره، أو كان جلوساً يسيراً تعارفه الناس، لا يصل إلى حدّ الإثقال المذموم. ومع ذلك فالأفضل الخروج، ولهذا جاء التعبير بالفاء التي تفيد الترتيب والتعقيب {فانتشروا} .

Ertinya: “Menunjuklah oleh firman Allah Taala: Maka apabila kamu sekelian telah selesai memakan makanan yang dihidangkan maka beredarlah kamu sekelian atas kemestian keluar dari tempat kenduri selepas memakan akan makanan yang dihidangkan. Dan inilah setengah daripada adab yang baik dalam Islam yang telah mengajarnya oleh Allah dengannya akan sekalian orang beriman. Maka perbuatan masih tidak beredar dan duduk sahaja selepas makan itu tidaklah haram akan tetapi sungguhnya ia menyalahi akan adab yang dianjurkan dalam Islam kerana padanya memberatkan atas tuan rumah apatah lagi kalau tuan rumah hanya mempunyai sebuah sahaja rumah melainkan jika dia terus duduk tidak beredar itu dengan izin tuan rumah kenduri atau dengan permintaannya atau adalah duduknya selepas makan itu sekejap sahaja sekadar bertegur sapa sesama manusia yang tiada sampai memberatkan yang dicela. Dan serta yang demikian itu maka yang lebih afdal ialah keluar dari majlis. Kerana inilah digunakan huruf fa’ yang memberi makna tertib dan berturutan iaitu firman Allah: فانتشروا yang membawa makna maka apabila telah selesai makan hendaklah beredar pula meninggalkan majlis.” (Kitab Tafsir Rawai’ Al-Bayan)

Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:

يجب التفرق والخروج من البيت والانتشار في أرض الله تعالى بعد تناول الطعام، وانتهاء المقصود من الأكل ونحوه، لقوله تعالى: فَإِذا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا والمراد من الأمر: إلزام الخروج من المنزل عند انقضاء المقصود من الأكل

Ertinya: “Wajiblah beredar dan keluar dari rumah yang buat kenduri itu dan pergi ke tempat lain selepas makan akan hidangan dan selepas selesai maksud datang yaitu makan dan seumpamanya kerana firman Allah Taala: Maka apabila kamu sekelian telah memakan akan makanan yang dihidangkan maka beredarlah kamu sekalian. Dan yang dikehendaki dengan suruh beredar itu ialah wajib keluar dari tempat jamuan ketika telah selesai maksud daripada makan.” (Kitab Tafsir Al-Munir)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 19/2/2025



Source link

OR

Scroll to Top