Lavreysen raih emas ke-14 di Kejohanan Dunia

Lavreysen raih emas ke-14 di Kejohanan Dunia


Ballerup, Denmark: Pelumba basikal Belanda, Harrie Lavreysen merangkul kejuaraan dunia yang ke-14 apabila meraih emas dalam acara pecut berpasukan, menyamai rekod sepanjang zaman Arnaud Tournant dari Perancis di Kejohanan Dunia.

Pelumba berusia 27 tahun itu yang juga juara Olimpik lima kali turut berpeluang mengatasi dan bergelar pemenang rekod selepas ini kerana akan turun dalam beberapa acara lain lagi selepas ini.

Awal pagi esok, dia akan beraksi dalam acara keirin, ujian masa individu keesokan harinya dan kemudian dalam acara pecut individu awal pagi Isnin ini.

Bersama Jeffrey Hoogland dan Roy van den Berg, kekuatan Belanda gagal dihalang oleh barisan pelumba Australia dalam acara pecut berpasukan sementara Jepun menewaskan Britain dalam penentuan pingat gangsa.

Lavreysen kini meraih enam gelaran pecut berpasukan, lima gelaran individu dan tiga gelaran keirin.

Lavreysen kini mencipta rekod luar biasa dalam tempoh lima tahun, termasuk satu hatrik (acara individu, pecut pasukan, keirin) di Olimpik Paris Ogos lalu, menjadikannya atlet Belanda paling berjaya dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Panas.

Dalam kategori wanita, Britain menguasai acara pecut, menewaskan Belanda dengan Australia meraih gangsa.

Pelumba Belanda, Lorena Wiebes yang hadir di kejohanan itu dengan 22 kemenangan sepanjang 2024, meraih gelaran dunia pertamanya dalam acara scratch.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top