Lazio 'tendang keluar' Milan

Lazio 'tendang keluar' Milan


Rome: Lazio mara ke suku akhir Piala Itali selepas Mattia Zaccagni menjaringkan gol tunggal untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas AC Milan.

Skuad kendalian Maurizio Sarri itu bakal berdepan juara bertahan, Bologna, dalam aksi lapan terbaik selepas pemain sayap Itali, Zaccagni, menanduk masuk hantaran sudut Nuno Tavares 10 minit sebelum tamat aksi di Rome.

Jaringan itu juga menamatkan deretan tanpa kalah Milan sejak Ogos ketika tewas kepada Cremonese, sekali gus meninggalkan pengendali Massimiliano Allegri dengan hanya saingan Serie A dan Piala Super Itali untuk diburu musim ini.

Milan kini mendahului Serie A menerusi perbezaan jaringan ke atas Napoli, yang turut layak ke suku akhir selepas menewaskan Cagliari pada Rabu.

Bologna pula meneruskan misi mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan 2-1 ke atas Parma hasil jaringan Santiago Castro pada minit ke-89.

Pusingan 16 terakhir akan disempurnakan Januari nanti menerusi aksi Roma menentang Torino dan Fiorentina berdepan Como.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top