Lebih 10 kenderaan bocor langgar serpihan konkrit di lebuh raya

Lebih 10 kenderaan bocor langgar serpihan konkrit di lebuh raya


KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan insiden lebih 10 kenderaan mengalami kerosakan selepas tayar kenderaan bocor terlanggar serpihan konkrit di jalan raya di Sepang dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Shari’at telah meminta pemandu yang ada rakaman papan pemuka untuk tampil membantu siasatan kejadian untuk mengenal pasti lori yang terlibat membawa konkrit terbabit.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Lebuh Raya Putrajaya-KLIA-Dengkil sekitar 8 malam tadi.

Justeru, gambar yang tular di media sosial dipercayai dikongsi oleh salah seorang pengguna jalan raya menunjukkan ia seperti konkrit tetulang besi di atas lebuh raya tersebut.

Difahamkan  kebanyakan kereta yang terbabit dalam kejadian itu mengalami kebocoran tayar gagal mengelak serpihan konkrit yang berada di laluan tengah jalan lebuh raya itu.-MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top