Lebih 130 motosikal tersadai terbakar di depoh simpanan kenderaan DBKL

Lebih 130 motosikal tersadai terbakar di depoh simpanan kenderaan DBKL


KUALA LUMPUR – Lebih 100 motosikal pelbagai model di depoh simpanan kenderaan tersadai ditunda milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terbakar hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.33 tengah hari menerusi sistem MERS999.

Susulan itu, 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dibantu BBP Cheras bersama dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, Komander Operasi Mohd Hisam Mamat memaklumkan kebakaran melibatkan deretan motosikal lama yang berada di dalam depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik DBKL.

“Sebanyak 130 buah motosikal pelbagai model telah terbakar dan kebakaran itu berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.

Terdahulu tular rakaman video memaparkan insiden kebakaran itu dengan asap tebal di tepi jalan berdekatan Taman Connaught. – MalaysiaGazette





Source link

OR

Scroll to Top