Lebih 500 maut di Lubnan dibom Israel

Lebih 500 maut di Lubnan dibom Israel


LUBNAN – Angka korban serangan tentera pengganas Zionis di Beirut dan bahagian selatan Lubnan kini melebihi 500 nyawa.

Perkara itu disahkan Hizbullah dalam satu kenyataan rasminya dan kemudian dipetik The Guardian.

Serangan yang dilancarkan sejak Jumaat lalu berterusan apabila malam semalam sahaja, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berkata, ia melancarkan dua gelombang serangan yang menyasarkan 400 sasaran di bahagian selatan Lubnan yang menjadi kubu kuat Hizbullah.

Sebagai tindak balas, pejuang Hizbullah melancarkan lebih 100 serangan roket yang menyasarkan kepentingan ketenteraan Israel.

Antara yang menjadi sasaran, pengkalan udara Ramat David di Haifa.

Israel sebelum ini melancarkan serangan udara di Beirut, mengorbankan 15 anggota Hizbullah termasuk bekas komander Pasukan Radwan, Ahmed Mahmoud Wahbi. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top