am@hmetro.com.my
Kuantan: Lebih 5,000 berhimpun di padang Taman Chenderawasih, di sini malam ini sebagai tanda solidariti ‘Justice For Zara Qairina’.
Orang ramai memenuhi padang kira-kira 9 malam, selepas menunaikan solat Isyak dan hajat di Masjid Saidina Umar Al Khatab.
Tinjauan di lokasi mendapati sebahagian orang ramai membawa poster dan kain rentang serta melaungkan ‘Justice For Zara Qairina’, tolak buli dan tuntut keadilan.
Walaupun hujan dan padang becak, ia tidak menghalang orang ramai untuk berhimpun sebagai tanda sokongan.
Rata-rata orang ramai yang datang berhimpun mahu keadilan buat Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.
Pada 16 Julai lalu, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd