am@hmetro.com.my
Kuantan: Lebih 5,000 orang, khususnya warga Kuantan memilih Menara Kuantan 188 dan Taman Esplanade di sini, untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka malam ini.
Seawal jam 8 malam, ribuan orang ramai mula membanjiri kawasan Kuantan 188 dan Taman Esplanade terutama untuk melihat pertunjukan bunga api pada jam 12 tengah malam.
Sebelum menunggu detik 12 tengah malam, rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang berjalan di sepanjang Taman Esplanade sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Bagi memeriahkan sambutan itu, turut diadakan adalah persembahan nyanyian.
Bagi Faridah Ibrahim, 38 dia bersama keluarga tiba seawal jam 8 malam, untuk memeriahkan sambutan Ambang Merdeka.
“Saya pilih persekitaran Menara Kuantan 188 dan Taman Esplanade kerana terletak di tengah bandar raya Kuantan.
“Saya teruja kerana ribuan orang hadir untuk bersama memeriahkan sambutan ambang merdeka sambal menunggu pertunjukan bunga api,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd