Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, bersama keluarganya terkandas di Mekah susulan pembatalan penerbangan untuk pulang ke Malaysia.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Johan atau lebih mesra disapa Jojo berkata dia sepatutnya dijadulkan pulang ke Malaysia semalam selepas menunaikan ibadah umrah.

Jojo turut memuat naik emel memaklumkan pembatalan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, Jojo menganggap semua yang berlaku adalah perancangan Allah serta melihat lebih banyak masa untuk beribadah di Tanah Suci.






