Pelakon Shahirah Shahora berkata meskipun usianya sudah mencecah 40-an namun ianya tidak menjadi penghalang untuknya menyambung pelajaran.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meminta pendapat orang ramai untuk menyambung pengajian dalam peringkat ijazah pada usia 39 tahun.
BACA: “Ada Yang Menyamar Sebagai Peminat Nak Melagakan, Saya Sayang Sharifah Shahora”

Hantaran individu itu turut mendapat perhatian daripada Shahora yang mengatakan dia lebih seronok jalani kehidupan sebagai pelajar diusia 40-an kerana rasa lebih yakin.
Sementara itu, Shahora turut memberi kata-kata semangat buat individu itu untuk terus terbang tinggi.






