London: Arsenal bakal menentang Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam esok, dengan Gunners bertekad untuk kembali ke landasan kemenangan selepas beberapa keputusan mengecewakan.
Skuad kendalian Mikel Arteta gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan liga terakhir dan mereka bakal menghadapi ujian sukar lagi apabila beraksi di tempat lawan.
Walaupun prestasi mereka menurun baru-baru ini, Arsenal masih memiliki salah satu skuad terkuat di England dan sudah bekerja keras sepanjang musim untuk mengekalkan kedudukan di puncak carta Liga Perdana.
Kempen mereka dibina atas asas konsistensi dan kualiti, tetapi beberapa minggu terakhir menunjukkan bahawa mereka tidak kebal daripada tekanan.
Justeru, ada keperluan untuk penambahbaikan jika mahu meraih tiga mata penuh menentang lawan yang degil.
Leeds United, yang baru dinaikkan pangkat musim ini, mengejutkan ramai pemerhati dengan prestasi mereka.
Mereka mampu bersaing dengan pasukan teratas dan kini terkenal sebagai pasukan yang sukar ditewaskan di laman sendiri.
Ketekunan dan organisasi Leeds di Elland Road menjadikan mereka antara pencabar paling sukar dalam liga, terutamanya bagi pasukan yang ingin menguasai permainan.
Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes, berkongsi pandangannya sebelum pertembungan itu dan percaya Leeds mampu mengecewakan Arsenal atau meraih keputusan seri.
“Saya rasa 1-1. Adakah anda pilih Arsenal? Saya rasa Leeds ok, dan Arsenal sudah kurang mantap,” katanya kepada the Metro.
© New Straits Times Press (M) Bhd






