Pendakwah bebeas terkenal, Ustaz Wadi Annuar menasihatkan wanita yang bertudung agar memastikan pemakaian mereka benar-benar menepati syariat dan bukan sekadar memenuhi gaya semata-mata.
Dalam pesanan ringkasnya, beliau menekankan bahawa beberapa bahagian yang sering terdedah tanpa disedari sebenarnya turut termasuk dalam aurat.
Nasihat Ustaz Wadi

“Bagi yang bertudung, tutuplah aurat dengan sempurna.
“Tengkok, anak rambut dan cuping telinga juga adalah aurat yang wajib ditutup,” katanya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengambil positif teguran yang diberikan oleh Ustaz Wadi Annuar dan akan cuba memperbaiki diri dalam menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Artikel lain: Ustazah Asma hargai tindakan turunkan MV Dolla – “Moga jadi contoh pada produksi, artis lain”

Sumber: Threads @Ustazwadiannuar






