Stuttgart: Bekas penjaga gol Jerman Jens Lehmann menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan media Sepanyol selepas memperlekehkan peluang pasukan itu untuk menewaskan tuan rumah Euro 2024 dalam aksi suku akhir Jumaat ini.
Perlawanan di antara Sepanyol dan Jerman di Stuttgart dianggap pertembungan dua pasukan terbaik di kejohanan itu setakat ini. .
Namun Lehmann yang beraksi 61 kali untuk Jerman termasuk ketika tewas di tangan Sepanyol pada final Euro 2009 dan kini pengulas televisyen negaranya mendedahkan apa yang dianggapnya kelemahan skuad La Roja.
“Anda melihat keputusan baik Sepanyol di peringkat kumpulan,” katanya kepada Welt TV. “Dari segi teknik, mereka mungkin lebih baik daripada kami. Tetapi mereka termasuk dari segi ketinggian lebih kecil daripada kami dan mereka kurang pengalaman.
“Mereka pasukan budak-budak, memiliki pemain sangat muda dan tidak banyak miliki pengalaman peringkat antarabangsa.”
Kenyataan Lehmann itu mencetuskan rasa kurang senang di Sepanyol. Those comments have not gone down well in Spain. Muka depan media sukan terbesar negara itu Marca tertera: “Lehmann, penjaga gol hebat Jerman adalah seorang lagi yang tidak memandang kita dengan serius.”
Sepanyol hanya satu-satunya di peringkat kumpulan yang meraih mata maksium dengan menang ketiga-tiga perlawanan ketika menentang Croatia, Itali dan Albania tanpa dibolosi sebarang gol.
Pemain muda Barcelona Lamine Yamal, 16, antara penyerang harapan mereka selain pemain Athletic Club Nico Williams, 21.
© New Straits Times Press (M) Bhd