Leka sabung ayam, 3 warga asing ditahan

Leka sabung ayam, 3 warga asing ditahan


am@hmetro.com.my

Penampang: Sekumpulan kaki judi sabung ayam yang menjadikan kawasan lapang di Kampung Puun Tunoh, di sini, sebagai tempat menyabung ayam bertempiaran lari sebaik lokasi itu diserbu polis.

Namun tiga lelaki warga asing dapat ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Ketika serbuan kira-kira jam 5 petang, semalam kumpulan berkenaan sedang bertarung.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, serbuan menerusi Op Dadu itu dijalankan hasil maklumat berkaitan perjudian sabung ayam.

“Ketika serbuan dijalankan, seramai tiga lelaki warga asing berusia antara 45 hingga 55 tahun berjaya ditahan dan selebihnya melarikan diri.

“Pasukan serbuan turut merampas empat ekor ayam hidup, dua ekor ayam mati dan dua unit sangkar ayam serta wang tunai sebanyak RM604,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua suspek dan rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman denda atau penjara, jika disabitkan kesalahan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top