Lekir tinggalkan Ultras Malaya

Lekir tinggalkan Ultras Malaya



firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua penyokong tegar skuad Harimau Malaya yang dikenali Ultras Malaya (UM), Lekir Ahmad hari ini mengumumkan pengundurannya selaku ketua UM selepas 17 tahun menjadi ‘pemain ke-12’ di belakang pasukan negara.

Pengundurannya dibuat di laman Facebook miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.

“Sampai sudah masa untuk saya memulangkan semula nama UM, sebuah gerakan anak bangsa yang saya tumpahkan seluruh jiwa raga selama ini hingga menjadi sinonim dengan diri.

“Menoktahkan langkah semasa komplot UM Jun lalu, meleraikan segala yang berkaitan dengan Gerakan ini. Dengan 11 sub bersuara secara kolektif di ke depan ini, UM terus menjadi paksi ke-12 Harimau Malaya.

“Kini masa untuk UM tanpa saya, saya tanpa UM. Apa saja yang berlaku sepanjang dari titik awal transformasi HarimauMalayadotCom (HMC) ke gerakan secara fizikal UM, saya mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara tercanggung urus terjelek perbuatan.

“Segala pahit manis yg berlaku adalah asam garam naik turun sebuah gerakan,” katanya.

UM dianggap penyokong kuat skuad Harimau Malaya yang sering berada bersama pasukan sama ada ketika beraksi di halaman sendiri mahupun di luar negara.

Kehadiran UM diakui berjaya membangkitkan semangat dan motivasi pemain ketika beraksi, malah suasana stadium ‘hidup’ dengan nyanyian dan paluan gendang yang dicetuskan UM.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top