Lelaki cedera terkena tali layang-layang ketika menunggang motosikal

Lelaki cedera terkena tali layang-layang ketika menunggang motosikal


mhafis@mediprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis sudah membuka kertas siasatan susulan penunggang motosikal cedera selepas terkena tali layang-layang yang merentang di tengah jalan di Jalan Lingkaran Tengah 2 sehingga tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video tular di media sosial berkaitan seorang penunggang motosikal terkena tali layang-layang, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pada jam 6 petang semalam, semasa mangsa yang berusia 27 tahun sedang menunggang motosikal di lorong tengah jalan, tanpa disedari terlanggar tali layang-layang yang tersangkut di badan seterusnya ke leher sebelum tali itu terputus.

“Mangsa kemudian berhenti di tepi jalan dan mengalami kecederaan lecur di leher dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

“Penunggang motosikal juga tidak terjatuh semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top