Lelaki cuba seludup 160 kura-kura ke Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai

Lelaki cuba seludup 160 kura-kura ke Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai


NEW DELHI – Seorang lelaki yang cuba menyeludup 160 kura-kura spesies Indian Star Tortoise ke Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India.

Kakitangan keselamatan menyerahkan penumpang dan kura-kura yang disimpan dalam kotak kadbod kepada Jabatan Kastam, lapor media tempatan pada Isnin.

Lelaki itu, yang melancong ke Malaysia dengan visa pelancong, dilaporkan membeli kura-kura itu dengan harga 100 rupee (kira-kira RM5.50) seekor dari seorang penternak di negeri selatan Andhra Pradesh dan merancang untuk menjualnya dengan keuntungan lebih 50 kali ganda.

Spesies Indian Star Tortoise, yang terdapat di beberapa bahagian selatan India, adalah spesies yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India.

Di beberapa negara Asia Tenggara, ia dijual sebagai haiwan peliharaan eksotik.

Pada 2022, pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai menggagalkan cubaan menyeludup 1,364 kura-kura daripada spesies yang sama ke Malaysia. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top