Lelaki didakwa rogol kakak, positif dadah

Lelaki didakwa rogol kakak, positif dadah

Lelaki didakwa rogol kakak, positif dadah


am@hmetro.com.my

Muar: Selepas beberapa bulan menghilangkan diri, seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kakak kandung serta positif dadah.

Tertuduh yang berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol kakak kandungnya berusia 25 tahun di sebuah rumah dalam daerah ini pada jam 4 pagi, Mei lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 367 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan dibuat, pada hari kejadian mangsa sedang tidur di ruang tamu rumahnya sebelum didatangi tertuduh.

Selepas kejadian itu, tertuduh menghilangkan diri dan pelbagai usaha dijalankan sehinggalah ditahan beberapa hari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan kes disebut semula pada 2 Mac ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) yang dibaca bersama Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah jenis ampthetamine dan methamphetamin.

Perbuatan itu dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 12.35 tengah malam, 29 September lalu.

Bagaimanapun tertuduh juga mengaku tidak bersalah dan Majistret Kartini Kasran membenarkannya diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh gagal membayar ikat jamin berjumlah RM13,000 sebelum dibawa ke Pusat Koreksional Muar bagi menjalani tahanan sementara.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top