Lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar rumah

Lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar rumah


KUALA KRAI: Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kandek, Dabong di sini sejak semalam.

Kehilangan Muhammad Saifuan Che Mood, 38, itu disedari oleh ahli keluarga semasa mahu mengejutkan dia bangun untuk menunaikan solat subuh.

Adik mangsa, Nor Farah Ain, 31, berkata, sebaik sahaja menyedari kehilangan abangnya itu seluruh ahli keluarga bersama penduduk kampung terus mencari namun menemui jalan buntu.

“Semua kawasan yang abang selalu pergi seperti sungai dan kebun getah termasuk rumah kawan-kawan telah kami cari, namun dia tida di situ.

“Selepas itu, ahli keluarga telah ke balai polis untuk membuat laporan polis dan menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Pegawai Bomba Tinggi II Zaimi Samat memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.45 pagi dan seramai lapan anggota termasuk pegawai telah ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, SAR telah dilakukan berpandukan kepada lokasi yang di syaki menjadi laluan utama mangsa.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top