Lelaki diserang harimau berharap permohonan dapatkan status OKU dipercepatkan

Lelaki diserang harimau berharap permohonan dapatkan status OKU dipercepatkan



am@hmetro.com.my

Gua Musang: Lelaki Orang Asli yang diserang harimau belang dalam Kejadian lebih tiga tahun lalu berharap permohonannya mendapatkan status Orang Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat dipercepatkan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 5 Julai 2021 itu, Adin Andok, 51, parah di kepala, perut, mata kiri, bahu dan lengan kiri dicakar harimau belang di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai.

Menurut Adin, susulan kejadian serangan haiwan liar itu dia kini mengalami cacat kekal mata sebelah kiri sehingga tidak dapat melakukan kerja berat.

Katanya, kini dia hanya membantu ahli keluarga bercucuk tanam berhampiran rumah kerana sudah tidak berani untuk ke hutan mencari rezeki bagi menyara keluarga.

“Sekurang-kurangnya apabila permohonan ini diluluskan dapatlah saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara bulanan untuk menyara diri dan keluarga.

“Nak harapkan anak, mereka juga mempunyai keluarga sendiri untuk diberi makan,” katanya ketika ditemui di Pos Bihai.

Adin berkata permohonan sudah dibuat dengan bantuan Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim yang datang ke Pos Bihai dan bertemu dengannya.

Katanya, dia berharap permohonannya untuk mendapatkan kad OKU dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya mendapat bantuan daripada JKM.

Pada 5 Julai lalu kira-kira 3 petang, Adin parah dicakar harimau belang ketika berada di kebun ubi kayunya di Kampung Badak, Pos Bihai, di sini.

Adin terselamat apabila dia menggunakan parang yang dipegangnya sehingga menyebabkan haiwan liar itu tercedera dan melepaskannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top