am@hmetro.com.my
Georgetown: Seorang lelaki tempatan mati ditembak polis selepas berbalas tembakan dalam kejadian pada awal pagi di Bukit Jambul, di sini, hari ini.
Difahamkan, lelaki berkenaan adalah suspek terbabit dalam kes pecah kedai dobi layan diri membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit di sekitar Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.
Difahamkan, Polis Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan dan maklumat lanjut dalam masa terdekat.
© New Straits Times Press (M) Bhd