Lelaki disyaki tikam nenek, tetak moyang didakwa esok

Lelaki disyaki tikam nenek, tetak moyang didakwa esok

Lelaki disyaki tikam nenek, tetak moyang didakwa esok


am@hmetro.com.my

Baling: Lelaki disyaki menikam neneknya sehingga maut serta menetak moyangnya hingga parah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil, Selasa lalu akan didakwa di Mahkamah Sungai Petani, esok.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, suspek warga tempatan berusia 21 tahun itu ditahan pada hari kejadian dan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, setakat ini siasatan sudah selesai dijalankan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling sudah membawa kertas siasatan kepada Pegawai Pendakwaan Negeri (PPN), Pejabat Perundangan Negeri Kedah hari ini untuk mendapatkan arahan selepas tindakan selesai dilaksanakan oleh pegawai penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Baling.

“Arahan pertuduhan terhadap suspek akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Jika sabit kesalahan, hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

“Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum sebatan tidal melebihi 12 sebatan, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Brandon berkata, Seksyen 307 Kanun Keseksaan pula iaitu kesalahan cubaan membunuh, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditahan polis dipercayai menikam nenek sehingga maut serta menetak moyangnya hingga parah dalam kejadian di di sebuah rumah Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil, di sini, Selasa lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top