Lelaki ditahan ugut pegawai mahkamah, polis

Lelaki ditahan ugut pegawai mahkamah, polis

Lelaki ditahan ugut pegawai mahkamah, polis


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Lelaki tempatan berusia 57 tahun ditahan selepas bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata ugutan ketika pegawai mahkamah serta anggota polis menjalankan tugas di sebuah premis di Pandamaran, Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, pengadu yang juga bailif Mahkamah Tinggi Shah Alam bersama sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang menyempurnakan serahan writ saman di premis tidak beralamat itu.

“Suspek yang berada di dalam premis berkenaan bertindak memprovokasi pegawai mahkamah dan anggota polis selain memecahkan botol kaca serta mengeluarkan ugutan terhadap mereka.

“Polis kemudiannya menahan lelaki terbabit di lokasi kejadian bagi membantu siasatan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan penjawat awam ketika urusan rasmi dijalankan.

Katanya, tindakan boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya ada yang bertindak sedemikian.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top