Lelaki Gaji RM15k Cari Isteri Kedua, Abby Abadi Pesan Jangan Ikut Hawa Nafsu

Lelaki Gaji RM15k Cari Isteri Kedua, Abby Abadi Pesan Jangan Ikut Hawa Nafsu

Lelaki Gaji RM15k Cari Isteri Kedua, Abby Abadi Pesan Jangan Ikut Hawa Nafsu


Pelakon Abby Abadi tampil membalas satu hantaran di Threads seorang lelaki yang mahu mencari calon isteri kedua.

Menerusi hantaran berkenaan, lelaki tersebut berkata dia mampu untuk menyediakan nafkah termasuk rumah, kereta dan belanja serta mempunyai gaji RM15,000.

BACA: Abby Abadi Terima Mas Kahwin Tertangguh Dari Norman Hakim Selepas 22 Tahun

Membalas hantaran berkenaan, Abby menegur gaji besar bukan menjadi keutamaan sebaliknya tangungjawab untuk dipikul apatah lagi selepas memiliki dua keluarga.

Tambah Abby lagi, jika mahu berpoligami perlu menjaga segala hak Allah serta menegur individu tersebut agar tidak mengikut hawa nafsu semata-mata.

Komen Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa gaji RM15,000 tidak cukup menampung dua keluarga berdasarkan pengalaman mereka yang turut hidup dalam perkahwinan poligami.






Source link

OR

Scroll to Top