Lelaki hanyut di Pintasan Saloma belum ditemukan, SAR disambung pagi ini

Lelaki hanyut di Pintasan Saloma belum ditemukan, SAR disambung pagi ini

Lelaki hanyut di Pintasan Saloma belum ditemukan, SAR disambung pagi ini


harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, di sini, diteruskan pada 9.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, operasi SAR dihentikan pada 11 malam tadi atas faktor keselamatan kerana keadaan arus deras dan persekitaran yang gelap.

“SAR seorang lelaki berbangsa India yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran petang tadi (semalam) akan disambung semula pada jam 9.30 pagi esok (ini).

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan, pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian esok (pagi ini) ,” katanya dalam satu kenyataan ringkas tengah malam tadi.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, kira-kira 5.40 petang semalam.

Sazalee dilaporkan berkata, ketika kejadian, terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan yang mana 12 daripada mereka berjaya diselamatkan.

Mereka terdiri daripada tujuh warga Indonesia, Bangladesh (empat) dan seorang warga tempatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top