Lelaki lari berbogel selepas tetak orang awam, cederakan polis

Lelaki lari berbogel selepas tetak orang awam, cederakan polis


Singapura: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan pada Khamis selepas didakwa menetak lelaki lain di Hougang Avenue 8 di wilayah timur laut Singapura.

Menurut polis, tiga pegawai cedera ringan ketika penahanan itu.

Polis berkata mereka menerima beberapa panggilan untuk mendapatkan bantuan pada kira-kira jam 1.10 petang, dan sebaik tiba, anggota polis melihat suspek berlari dalam keadaan berbogel.

“Ketika pegawai melakukan tangkapan, lelaki itu didakwa menyerang mereka dengan papan kayu berpaku. Tiga pegawai polis itu mengalami kecederaan ringan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Suspek kemudiannya ditahan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan dengan cara yang teruk dan secara sukarela menyebabkan kecederaan untuk menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Sebilah pisau dan papan kayu berpaku dirampas di tempat kejadian. Siasatan polis sedang dijalankan.

Mangsa awal, seorang lelaki berusia 30 tahun, dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, tambah polis.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top