May 21, 2024

Lelaki maut digilis kereta


PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan sebelum digilis sebuah kereta jenis Perodua Bezza di jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Danan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 23 tahun maut dilokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa dikatakan telah bertindak memotong beberapa buah kenderaan dari sebelah kanan susulan aliran trafik bergerak perlahan.

“Setiba dilokasi kejadian, dipercayai sebuah kenderaan yang menghala ke Kota Bharu dan terperangkap dalam kesesakan telah membelok keluar sedikit ke kanan jalan.

“Situasi tersebut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan hadapan kenderaan tersebut, sebelum mangsa tercampak ke laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Zaizul Rizak memberitahu, mangsa yang tercampak itu telah dirempih dan digilis lalu dirempuh dan digilis sebuah kereta dari arah Kota Bharu ke Pasir Puteh.

Katanya, lelaki berkenaan cedera parah telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta yang berusia 32 tahun bersama seorang penumpang
tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh pergi ke mana-mana balai berhampiran bagi memabntu siasatan,” ujarnya.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top