am@hmetro.com.my
Lahad Datu: Lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung lori dan terbakar berhampiran simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Sandau, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 3.15 petang itu, pemandu dan kelindan lori berusia 34 dan 24 tahun turut cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sumsoa Rashid berkata, lapan anggota bersama dua jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.20 petang.
“Sebaik tiba, sebuah Toyota Vios didapati terbakar 100 peratus. Operasi pemadaman segera dilakukan dan api berjaya dikawal pada 4.28 petang, sebelum padam sepenuhnya 10 minit kemudian.
“Pemandu kereta berusia 24 tahun yang dikeluarkan orang awam disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd