Lelaki maut terjatuh jambatan ketika lari daripada polis

Lelaki maut terjatuh jambatan ketika lari daripada polis



am@hmetro.com.my

Chukai: Lelaki dipercayai terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah maut selepas terjatuh dari jambatan ketika cuba melarikan diri daripada anggota polis dekat Kampung Bujal Payoh Kijal, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian itu, sepasukan polis pergi ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian pada 9.30 malam, anggota polis melihat lelaki berusia 23 tahun dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika menghampiri lelaki terbabit, dia dikatakan cuba melarikan diri dan dipercayai terjatuh dari jambatan terbabit setinggi kira-kira 12 meter.

“Anggota polis kemudiannya memeriksa keadaan lelaki itu dan mendapati dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Hanyan berkata, polis kemudiannya menghubungi pasukan perubatan dan pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Fosensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top