May 21, 2024

Lelaki menggigil ketakutan selepas sesat dalam kebun


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 30-an ditemui lemah dan menggigil ketakutan dalam kebun getah dan sawit selepas tersesat hamper enam jam, semalam.

Dia diselamatka oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah yang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 pagi berkenaan kehilangan seorang lelaki yang berlaku di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.

Seramai lapan orang anggota bomba dari Sik ke lokasi kejadian.

Mangsa tersesat apabila pandu arah peranti yang digunakan gagal mendapatkan liputan untuk perjalanan pulang bermalam di rumah abangnya.

Dia tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali kesan gigitan nyamuk dan berbirat pada muka dan tangan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Teloi Timur bagi mendapatkan rawatan lanjut. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top