Lelaki Palestin 'tawan' cinta Ustazah Asni

Lelaki Palestin 'tawan' cinta Ustazah Asni


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas yang cukup dikenali ramai, Ustazah Asni Abu Mansor, 50, berkongsi khabar gembira apabila dia kini sah kembali mendirikan rumah tangga.

Pilihan hatinya, Mounir Abdul Kareem Kaddoura, adalah lelaki berketurunan Palestin dan kini menjadi warganegara Amerika Syarikat.

Pengumuman penuh kesyukuran itu dikongsikan sendiri Ustazah Asni menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram peribadinya pagi tadi, sekaligus mencuri perhatian ramai pengikut serta rakan-rakan artis.

Dalam perkongsian yang menyentuh hati itu, Ustazah Asni menitipkan kata-kata indah selain merakamkan rasa syukur atas takdir tertulis.

“Ada ketentuan yang tertulis, ada takdir yang terlukis… Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Secara sah saya merupakan zaujah (isteri) kepada Encik Mounir Abdul Kareem Kaddoura.

“Terima kasih atas doa yang baik-baik,” tulisnya ringkas, sambil turut memaklumkan mengenai latar belakang suaminya.

“Suami saya berasal dari Palestin, (kini) warga Amerika Syarikat,” tambahnya lagi.

Hantaran gembira itu dihujani dengan ribuan ucapan tahniah dan doa daripada pengikut serta rakan-rakan artis yang sama-sama teruja dengan berita pernikahan beliau.

Mereka mendoakan perkahwinan dibina atas dasar cinta dan ketentuan Ilahi itu kekal bahagia hingga ke Jannah.

Ustazah Asni Abu Mansor adalah pendakwah, penceramah motivasi dan Al-Hafizah berasal dari Gemas, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, beliau pernah berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata dengan bekas suaminya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top