Lelaki Rusia terselamat selepas lebih dua bulan hanyut dalam lautan ais

Lelaki Rusia terselamat selepas lebih dua bulan hanyut dalam lautan ais


MOSCOW- Seorang lelaki Rusia terselamat meskipun lebih dua bulan hanyut dalam lautan ais dengan hanya menaiki bot angin.

Menurut laporan, tragedi itu menyebabkan abang dan seorang anak saudaranya meninggal dunia.

Mikhail Pichugin bersama abang dan anak saudaranya berusia 15 tahun berlepas ke pulau Sakhlin, 9 Ogos lalu menggunakan bot angin.

Bot berkenaan ditemui jam 10 malam Isnin lalu ketika ia melintasi sebuah bot pemancing di Laut Okhotsk, kira-kira 1,000 kilometer dari tempatnya berlepas, 66 hari selepas ia hanyut.

Bot pemancing tersebut membawa Pichugin ke bandar Magadan untuk mendapatkan rawatan.

Mereka juga membawa balik mayat dan bot angin tersebut untuk diperiksa penyiasat.

Menurut pasukan penyelamat, mereka menggunakan helikopter dan kapal terbang untuk mencari trio berkenaan, beberapa hari selepas mereka hilang.

Bot berkenaan dipercayai dihanyutkan arus deras menghala Kamchatka.

Menurut doktor yang merawatnya, keadaan Pichugin boleh dikatakan stabil dan dilihat sedang menderita akibat hipotermia. -AFP

 



Source link

OR

Scroll to Top