Lelaki tak balik rumah 2 hari ditemukan terapung di sungai

Lelaki tak balik rumah 2 hari ditemukan terapung di sungai


am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selama dua hari terjawab apabila mayatnya ditemukan terapung di sungai di Kampung Pelangai Hilir di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

“Polis ke lokasi dan mendapati mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan tidak berpakaian terapung di sungai itu.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Pilah mengeluarkan mayat itu dari tengah sungai menggunakan tali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, pemeriksaan ke atas mayat dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat.

Katanyam mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTN) di sini untuk bedah siasat.

“Ketika di Unit Forensik HTN, seorang lelaki memperkenalkan diri dan meminta untuk melihat mayat sebelum memaklumkan itu adalah adik kandungnya yang berusia 36 tahun.

“Menurut lelaki itu, keluarga menyedari adiknya tiada di rumah ibunya di daerah ini pada jam 6 pagi 28 Mei lalu. Abangnya juga menunjukkan kad pengenalan si mati,” katanya.

Jelas beliau, hasil bedah siasat yang diperolehi mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top