KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan membabitan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai di KM 35.2 dari Terowong Genting Sempah menuju ke Tol Gombak.
Katanya, kejadian itu berlaku lebih kurang 4.45 petang.
Menurut TDM dalam kenyataannya, semasa kejadian kenderaan tersebut dalam perjalanan secara konvoi sebanyak enam KPKP yang membawa 12 kereta perisai ADNAN dari Kem Batu 10, Kuantan menuju ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas untuk Latihan Peningkatan Tempur (LPT).
“Melalui laporan awal, kemalangan disebabkan KPKP cuba mengelak sebuah treler awam yang menukar haluan dan masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba.
“Disebabkan keadaan jalan yang licin kerana hujan, KPKP telah hilang kawalan dan seterusnya terbabas ke jalan bertentangan,” menurut kenyataan itu.
Menurut TDM, kerosakan adalah keseluruhan bahagian prime mover KPKP manakala tiada kerosakan pada kereta perisai ADNAN dan pemandu KPKP tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kenderaan lain yang berada di dalam konvoi telah meneruskan perjalanan ke Kem Perdana Sungai Besi.
“TDM telah menggerakkan sebuah kenderaan kembalik dari pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja dari Kem Batu 10, Kuantan dan sebuah KPKP dari Kem Perdana Sungai Besi ke lokasi kemalangan bagi membuat penarikan KPKP dan pengambilan dua buah kereta perisai ADNAN yang terlibat kemalangan ke pasukan bagi tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL