“Lepasni Aku Tak Nak Komen Dekat Mana-Mana Influencer, Selebriti Lagi Lah….” – Puteri Balqis Kecewa Niat Beri Sokongan Di Salah Tafsir

“Lepasni Aku Tak Nak Komen Dekat Mana-Mana Influencer, Selebriti Lagi Lah….” – Puteri Balqis Kecewa Niat Beri Sokongan Di Salah Tafsir


Pelakon berbakat,  Puteri Balqis meluahkan kekecewaannya apabila niat untuk memberi sokongan kepada seorang pempengaruh disalah tafsir sehingga menerima maklum balas negatif.

Perkara tersebut sekali gus membuatkan dia nekad untuk tidak lagi mencampuri urusan atau meninggalkan komen terhadap mana-mana pempengaruh mahupun selebriti selepas ini.

Kata Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish, dia jarang mengulas atau membuat kandungan berkaitan individu lain, namun rasa empati mendorongnya untuk tampil memberi kata-kata semangat kepada pempengaruh terbabit.

“Saya ni jarang buat video pasal orang lain sebab, Words cannot express how much i do not carae.

“Tapi ada seorang influencer ni saya kesian tengok dia. Saya bagi semangat dekat dia, komen dekat akaun dia tapi saya dapat feedback yang sangat negatif. I have an empathy,” katanya.

Akui aktres berusia 18 tahun itu, pengalaman tersebut membuatkan dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada sebarang interaksi melibatkan influencer atau selebriti.

“Lepasni saya tak nak komen dekat influencer mana-mana, selebriti lagilah. Memang tak suka selebriti.

“Bukan akak seorang yang bercerai-berai, bukan akak seorang yang kena tinggal, yang tak dapat nafkah… we are one of them.

“Cuma yang membezakan kami tak ada video berjahit perli sana-sini kerana we seek for justice. And to seek for justice, you need to have attention for people to know what happen to you,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Aqish turu tmembandingkan pendekatan senyap yang diambil keluarganya ketika berdepan ujian hidup, berbanding segelintir pihak yang menurutnya terlalu mengejar perhatian sehingga lupa tujuan asal mendapatkan keadilan.

“Tapi orang-orang ni bila dah dapat attention, mereka lupa tentang situasi mereka untuk mendapatkan keadilan dan bukannya ‘fame’.

“Waktu kes kami, ustaz,ustazah, influencer, selebriti… semua bantai kami balik cakap aib. Cakap nak tolong tapi on the real side for their views, their names, reputation.

“Jadi bila influencer buat video banyak-banyak dan orang ramai tawar untuk membantu, itu ‘b*llsh*t’. We experince that. Tak ada antara mereka yang tolong kami. We seek for justice in silence.

“Back to our previous topik, Kak ada dua sebab kenapa akak kena tinggal. Satu memang jantan tu sial. Dua, akak yang sial. Dan apa yang saya nampak akak memang sial,” luahnya.

Diakhir perkongsian video, Aqish sempat menitipkan pesanan buat wanita yang senasib khususnya mereka yang memilih untuk berdiam diri demi anak-anak.

“Untuk semua wanita yang mengalami nasib yang sama seperti kami, atau mungkin lebih teruk tapi masih berdiam diri untuk anak-anak. Karma ni agak lambat kerja dia.

“Jadi kita sebagai anak yang hanya mampu melihat kita memeprcepatkan sikitlah proses itu,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top