“Level Kita Tak Sama!” – Beby Maembong Pilih Berdiam Diri, Ikut Nasihat Peguam

“Level Kita Tak Sama!” – Beby Maembong Pilih Berdiam Diri, Ikut Nasihat Peguam


Pempengaruh, Beby Maembong akhirnya tampil memberikan penjelasan selepas namanya dikaitkan dalam isu undang-undang membabitkan seorang usahawan yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi satu ciapan di platform Threads, Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail, 37, menegaskan tindakannya memilih untuk berdiam diri bukanlah kerana mengelak, sebaliknya dibuat atas nasihat peguam yang menguruskan kes tersebut.

“Tiada sebab untuk saya mengelak panggilan dan tiada kewajipan untuk saya masuk siaran langsung yang tidak membawa sebarang manfaat kepada saya.

“Level kita tak sama. Saya bukan berdiam diri, tetapi bertindak atas nasihat peguam saya,” katanya.

Dalam masa sama, kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong itu menekankan media sosial bukanlah medan terbaik untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang, apatah lagi apabila melibatkan isu serius.

“Media sosial bukan tempat untuk saya menegakkan keadilan atau menyelesaikan perkara undang-undang. Saya akan mempertahankan diri dan menegakkan keadilan melalui saluran yang betul,” ujarnya.

Sebelum ini, usahawan sensasi, Safiey Illias mencuri perhatian ramai apabila memfailkan saman terhadap Beby Maembong, dengan tuntutan ganti rugi berjumlah RM80 juta yang didakwa perlu dijelaskan dalam tempoh tujuh hari.

Menurut Safiey, tindakan saman itu dibuat selepas netizen menghantar satu hantaran di platform X milik Beby yang mendakwa dirinya telah disenaraihitam oleh pihak bank dan beberapa pihak lain, sekali gus menjejaskan reputasi serta perniagaannya



Source link

OR

Scroll to Top