LEXI Voice Akan Dilancarkan: AI-Media Keluarkan Terjemahan Suara AI Perintis di NAB 2025

LEXI Voice Akan Dilancarkan: AI-Media Keluarkan Terjemahan Suara AI Perintis di NAB 2025


BROOKLYN, N.Y., March 29, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — AI-Media, sebuah syarikat peneraju global dalam teknologi dan penyelesaian bahasa yang dikuasakan AI, bersedia untuk memberikan impak besar di NAB Show 2025 di Las Vegas. Dari 6-9 April, para hadirin boleh mengunjungi Reruai #W1915 untuk meneroka pakej AI-Media bagi penyelesaian AI yang meneraiui industri dan menjadi orang terawal yang menyaksikan inovasi terbaharu syarikat itu secara eksklusif dalam bidang terjemahan suara yang dikuasakan AI.

Masa Depan Penterjemahan AI Voice – Saksikan Dahulu di NAB 2025

AI-Media akan melancarkan LEXI Voice di NAB Show 2025. Ia merupakan teknologi penterjemahan suara AI generasi akan datang yang direka untuk mengatasi halangan bahasa dalam masa nyata. Dibina berlandakan kapsyen utama LEXI AI-Media yang dipercayai di seluruh dunia dalam aspek ketepatan dan kebolehskalaannya, LEXI Voice menyampaikan terjemahan suara AI yang kedengaran semula jadi serta berkependaman rendah bagi audio langsung kepada pelbagai bahasa secara masa nyata. Dengan memanfaatkan pengecaman pertuturan dan teknologi suara sintetik terkini, LEXI Voice mampu mengasingkan dan mentafsir audio pembesar suara daripada punca suara dan mengekalkan perubahan pembesar suara, masa dan nada. Dengan ketepatan transkripsi yang tinggi, LEXI Voice membolehkan penyampaian berbilang bahasa yang lancar tanpa memerlukan jurubahasa manusia. Ia mudah disepadukan ke dalam aliran kerja penyiaran sedia ada, termasuk persekitaran SDI dan IP, dan serasi sepenuhnya dengan peranti Alta dan Encoder Pro daripada AI-Media. Keupayaan ini menawarkan alternatif bagi model suara latar dan kejurubahasaan yang menjimatkan kos dan boleh dikembangkan.

“Kami sentiasa menantikan detik untuk menghadiri NAB Show setiap tahun. Ia menjadi peluang terbaik untuk kami mempamerkan kemajuan terkini dalam bidang kapsyen dan penterjemahan yang dikuasakan AI, serta mendapatkan maklum balas daripada pelanggan. Beberapa inovasi dan pembangunan produk terkemuka yang kami hasilkan merupakan cetusan daripada maklum balas pelanggan di pameran itu, oleh itu, ia menjadi suatu yang sangat penting dalam perancangan Pelan Hala Tuju Produk kami,” kata James Ward, Ketua Pegawai Jualan di AI-Media. “Tahun ini, kami memperkenalkan sesuatu yang benar-benar mampu membuat perubahan iaitu LEXI Voice yang merupakan satu penyelesaian terjemahan suara AI yang akan mencorakkan cara penyiar dan pencipta kandungan berinteraksi dengan khalayak di seluruh dunia dalam masa nyata. Seperti produk lain dalam LEXI Toolkit, LEXI Voice akan tersedia di iCap dan dapat beroperasi dengan semua teknologi pengekod terkemuka di dunia daripada kami.”

Dengan reputasi kukuh sejak dahulu lagi dalam merintis penyelesaian kapsyen dan terjemahan dipacu AI, AI-Media akan mempamerkan pelbagai teknologi perintis inovatif yang dapat membantu penyiar, pencipta kandungan dan profesional media meluaskan capaian mereka dan meningkatkan interaski dengan khalayak. Pengunjung di reruai boleh merasai pengalaman:

  • LEXI – Penyelesaian kapsyen dikuasakan AI yang termaju di dunia.
  • LEXI Translate – Kapsyen berbilang bahasa dalam masa nyata yang boleh diakses di seluruh dunia
  • Pengekod SDI dan IP – Penyepaduan kapsyen yang lancar untuk aliran kerja penyiaran dan penstriman.
  • Akan dilancarkan – LEXI Voice – Masa Depan Terjemahan Suara AI

Demonstrasi Langsung – Jadi Orang Pertama Yang Merasai Pengalaman Inovasi

Sertai kami di Reruai #W1915 untuk menyaksikan demo langsung penemuan terbaru AI-Media yang eksklusif:

  • Isnin, 7 April | 3:00 PTG PT
  • Selasa, 8 April | 10:30 PG PT

Bagi penyiar dan profesional media yang ingin memecahkan halangan bahasa dan mengembangkan khalayak global, reruai AI-Media di NAB 2025 akan menjadi tempat yang membolehkan masa depan terjemahan dan kebolehcapaian dikuasakan AI menjadi kenyataan. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan teknologi yang akan merubah industri ini!

Penyelesaian AI-Media akan turut dipamerkan di Reruai AWS (#W1701) dan Reruai Synamedia (#W2443). Singgah ke reruai mereka dan lihat cara rakan kerjasama AI-Media menggunakan penyelesaian kami.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian perintis AI-Media dan tempah demonstrasi peribadi dengan melawati www.ai-media.tv/upcoming-events/. Teruskan berhubung dengan kami dan ikuti kami di LinkedIn untuk mendapatkan maklumat terkini NAB 2025 yang eksklusif!

Perihal AI-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, AI-Media merupakan syarikat teknologi perintis yang mengkhusus dalam bahasa AI dan penyelesaian aliran kerja kapsyen. Sebagai peneraju global, AI-Media menyediakan teknologi serta penyelesaian berkualiti tinggi bagi kapsyen dan terjemahan langsung dan dirakam yang dikuasakan AI kepada pelbagai pelanggan dan pasaran di seluruh dunia. Buat pertama kali pada bulan Februari 2024, AI-Media melancarkan data inovatif yang mempamerkan keunggulan produk kapsyen AI yang dinamakan LEXI, yang menandingi aliran kerja oleh manusia yang tradisional dan lebih mahal. Dengan pengalaman industri yang mendalam dan teknologi AI yang canggih untuk mencipta penyelesaian yang memperkemas dan memudahkan proses, AI-Media memperkasakan penyiar terkemuka, perusahaan dan agensi kerajaan di seluruh dunia untuk memastikan kandungan yang terangkum dan boleh dicapai dengan lancar. AI-Media (ASX: AIM) memulakan dagangan di ASX pada 15 September 2020. Lawati Al-Media.TV

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a78d1f68-07c2-4f1e-be51-867fccf61079


            



Source link

OR

Scroll to Top