September 8, 2024

Liga PBKL 2024/2025 jadi venue pencarian bakat baharu

Liga PBKL 2024/2025 jadi venue pencarian bakat baharu


KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Kuala lumpur 2024 anjuran Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) bakal berlangsung September ini.

Ia dijangka selama tiga bulan dan akan menjadi venue aktiviti komuniti bolas sepak di ibu kota, kata Pengerusi Jawatan Kuasa Pertandingan Tempatan PBKL, Rahmat Mohd Diah.

Rahmat Mohd Diah.

Sehingga ke hari ini, hampir 50 pasukan telah mendaftar untuk liga musim 2024/2025, katanya dalam kenyataan.

Pada musim 2024/2025 ini, liga KLFA menawarkan hadiah jumlah keseluruhan wang tunai melebihi RM60, 000 untuk dimenangi.

Jawatankuasa pertandingan juga telah memilih beberapa venue dan masih mencari beberapa tambahan untuk melancarkan liga musim 2024/25 ini.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak korporat dan jenama untuk bersama kami untuk memeriahkan lagi liga musim baharu ini,” kata Rahmat. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top